Nasi Dagang Perantau


nasi dagang perantau...sesuai bagi yg takde beras utk nasi dagang ataupun yg tak boleh makan pulut. Hanya guna beras jasmin....rasanya tetap sedap...Resepi drpyani@myresipi.com....terima kasih berkongsi resepi ni....

Bahan-bahan ( 6 orang )
  • 4 cawan beras jasmen
  • 1 tin(400ml) santan pekat
  • 4-5 ulas bawang putih-dimayang
  • 1cm halia - hiris macam bilah mancis
  • 1 sudu kecil halba
  • garam
  • gula

Cara-cara

  1. Bersih beras dan rendam. Sekurang-kurangnya 4 jam
  2. Ambik 1/4 tin santan. Tambahkan 1/4 cawan air untuk jadikan santan cair. 3/4 tin santan lagi jadikan sebagai santan pekat.
  3. Masak santan pekat bersama bawang, halba, garam dan gula sehingga gula/garam hancur. Jangan biarkan terlalu lama. Nanti nasi akan rasa cepat muak.
  4. Toskan beras. Kukus sekejap lebih kurang 5 minit. Kemudian angkat dan gaulkan dengan santan cair. Kukus semula sehingga nasi masak.
  5. Bila nasi dah masak, angkat dan gaul pula dengan santan pekat. Kukus semula dalam 5 minit.
  6. Bila dah siap bolehlah dihidangkan bersama gulai ikan tongkol atau kari ayam.

Nasi Minyak Asas


Lunch n dinner semalam.
Resepi nasi minyak asas dr dapur UMMI. ThanksUMMI.


Bahan Utama:- (sukatan utk 5 orang)
3 cawan beras - basuh dan toskan.
3 cawan air

Campuran Minyak:-
Cara A: (saya guna cara ni kali ni...tapi minyak masak biasa je...)
1/2 cawan minyak jagung
3 sudu besar marjerin
Cara B:
3/4 cawan minyak jagung
Cara C:
1/2 cawan minyak masak biasa
2 sudu besar marjerin
1 sudu besar minyak sapi
Cara D:
1/2 cawan minyak masak biasa
3 sudu besar minyak sapi
Cara E:
Setengah cawan minyak jagung
3 sudu besar minyak sapi

Bahan Tambahan:-
1 labu bawang besar (dihiris/dimayang)
3 ulas bawang putih (dihiris)
4 cm halia (tumbuk/hiris)
Daun pandan
sedikit kulit kayu manis
buah pelaga
bunga cengkih
bunga lawang
3 sudu kecil garam
3 sudu kecil gula
1 cawan susu cair

Cara Memasak:-
Panaskan kuali, tumis semua bahan dengan minyak pilihan hingga garing. Tuangkan tumisan ke dalam periuk elektrik yang telah diisi sukatan air. Masukkan gula dan garam dan biarkan mendidih. Masukkan susu dan rasa airnya. (Jangan dibiarkan air mendidih lama sangat). Kemudian masukkan beras yang ditoskan tadi. Kacau rata dan tutup periuk. Biarkan nasi tanak seperti biasa. Bila nasi sudah mengering, taburlah kismis/kacang gajus goreng. Boleh juga ditaburkan daun sup/daun ketumbar.

Nota: Kalu boleh, nasi ini jangan dikacau banyak kali, cukup 2 kali sahaja - pertama semasa beras baru dituang ke dalam airnya dan kedua ketika nasi baru mengering dan tempat tekanan periuk elektrik sudah naik ke atas.

simple cup cakes

SIMPLE CHOCOLATE CUPCAKES




SIMPLE CHOCOLATE CUPCAKES
Sumber : Lizcookies @ maklang's via
Kak Rinn

Bahan-bahan A :
2 cwn tepung serbaguna/tepung gandum
1 cwn serbuk koko
2 tsp baking powder
2 tsp soda bikarbonate
3 tsp serbuk instant nescafe
Secubit garam halus

Bahan-bahan B :
2 cwn gula castor - gula kastor saya dah habis...pakai gula biasa-1 1/2 cup.
1 cwn minyak jagung/minyak masak
1 cwn susu cair
3 biji telur

Bahan C :
3/4 cwn air panas

Cara-cara:
1. Di dalam mangkuk pengadun, campurkan semua bahan A yg telah diayak.
2. Di dalam bekas lain, campurkan semua bahan B dan pukul sebati.
3. Putar bahan A perlahan2 sambil dimasukkan bahan B sedikit demi sedikit sambil terus memutar. Lajukan putaran sehingga semua sebati.
4. Tuangkan air panas dan putar sebati.
5. Isikan ke dalam paperliners atau souffler. Bakar pada suhu 175 darj cel selama 20min-25min bergantung kpd oven masing-masing. Jika membakar dlm bentuk sebiji kek, gunakan suhu 160 darj cel selama 60min atau sehingga masak.



Rasanya pun sedap...lembut...

spongy cake


SPONGY CAKE

Spongy Cake ni mat buat semalam, nak masukkan dalam blog punya lah seksa, server slow sangat, tapi hari ni ok pulak dah. Resipi mat dapat dari blog masak2 Dr No, dan ternampak pulak Kak Jun buat, terus teruja nak cuba....
Hasilnya tidak mengecewakan. Dari kek tu terbiar togel, jadi mat bagilah perias sikit, ala2 kadar je, itu pun sebab nak habiskan buah kiwi dan whipping cream yang masih berbaki....

Bahan-Bahannya :-)
4 biji telur gred A, asing kuning dan putihnya
1 cawan gula halus
1/3 cawan susu segar/air
1 camca teh esen vanilla
1 cawan tepung gandum*
2 camca teh baking powder*
1/4 camca teh garam halus*(*disatukan, digaul dan diayak)

Cara membuatnya :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, Gris loyang dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Gris juga permukaan kertas tadi . Ketepikan.
  2. Pukul putih telur hingga kental. Ketepikan. Pukul pulak kuning telur dengan gula halus hingga berkrim. Masukkan susu segar dan esen vanilla. Putar lagi.
  3. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata. Kaup balik putih telur tadi dengan adunan kek. Gaul hingga rata dan tuang dalam tin. Bakar 12 - 15 minit (jika guna loyang bulat 9 inci, bakar 20 - 25 minit) atau hingga masak. Bergantung pada oven masing2.
  4. Sejukkan kek dan hias ikut suka. DALAM GAMBAR :- Mat gunakan krim putar, buah kiwi dan ceri bertangkai serta gula aising diayak..

pancake


PANCAKE @ LEMPENG INGGERIS....

Pancake
As'laikum semua....selamat tahun baru. Minta maf lah sebab dan hari ke - 5 dalam tahun 2010, baru mat sempat masukkan satu n3 resipi. Sesungguhnya masa sungguh ketat sekarang, sekejap saja dah tengah hari, tau2 dah malamm.... Insya allah mat akan masukkan n3-n3 lain nanti. Sebenarnyakan "pancake" ni orang dah buat bezaman, mat ada juga buat...baru hari ni nak masukkan ke blog. Resipi mat ambik dari blog "Dayang Jack" yang u all kalau tengok dia masak semuanya vogue2 belaka!!!.....Lepas tu masa mat jalan ke "FP Muna" yang dok diam di Denmark tu, dia pun buat pancake juga... Aiseymen!! ini tak boleh jadi, tu pasal mat buat jugakk..sebab teruja....

Pancake
Satu nak kata lah, pancake atau lempeng inggeris ni boleh dimakan dengan apa2 manisan yang anda suka, tapi pada mat paling suka makan dengan jem "tanpa gula" bersama buah2an segar. Kalau nak cicah sambal tumis pun boleh, kira ala2 pancake fusion. Kalau rasa2 nak ubah sikit untuk mendapatkan pancake sihat, boleh ganti mentega cair dengan minyak canola atau minyak zaitun. Susu boleh juga ganti dengan susu soya. Boleh juga campur sedikit quaker oat untuk menjadikannya lebihh sihat walafiat!!!.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)
1 camca teh baking powder
1 camca besar gula halus
1 cawan susu segar (atau 1 cawan air + 2 camca besar susu tepung)
1 biji telur
3 camca besar mentega, cair dan sejukkan
1/2 camca teh esen vanilla (optional)
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan2 diatas dan kacau dengan whisk hingga semua sebati, halus dan tidak berbintil2 atau masukkan semua ke dalam blender dan kisar hingga rata. Rehatkan adunan 10 minit.
  2. Panaskan non-stick frying pan menggunakan api paling kecil, sapu dengan sedikit mentega kemudian lap dengan paper towel. Kemudian tuang 1/2 cawan adunan pancake di tengah2 pan tadi. Biar sehingga permukaannya berlubang2 dan kering, terbalikkan dan masak sekejap.
  3. Alihkan ke dalam pinggan. Buat hingga siap. Api perlu kecil untuk mendapatkan pancake yang sekata warnanya. Lagi satu jangan ada tompokan mentega atau minyak pada pan, nanti pancake tak jadi licin dan ayu. Hidang bersama manisan kegemaran dan hias ikut kreativiti masing2....

mee bakso

MEE BAKSO

Sepatutnya petang tadi letak n3 ni, tapi 2 - 3 hari kebelakangan server internet slow sangat...ishh gerammmm, macam siput!!!....Petang tadi mat buat mee bakso untuk bonda berbuka puasa....Resipi sama macam "bakso ayam" cuma yang ni bebola dia dari daging lembu. Jadi mat cuma sertakan resipi untuk bebola daging lembut saja, dan untuk sup boleh rujuk pada resipi bakso ayam. Boleh cari di bawah label "Pasta Dan Mee"....

Bahan Untuk Bebola Daging :-)
500 g daging lembu cincang
25 g halia*
4 ulas bawang putih*(*tumbuk halus)
1 camca teh serbuk lada hitam
2 camca besar kicap cair
2 camca besar hirisan halus daun sup
3 camca besar tepung jagung
1 biji telur
1 camca teh baking powder

Cara membuatnya :-)
  1. Satukan semua bahan2 diatas dan pukul dengan sudip kayu selama 10 - 15 minit hingga adunan bersatu dan menjadi kenyal. Pukul satu arah sahaja. Jika nak senang, guna cake mixer yang dipasang alat pemukul ( "K" beater) dan putar pada kelajuan sederhana untuk 7 - 8 minit. Ketepikan sebentar.
  2. Basahkan tangan dan jari dengan sedikit minyak masak, cedok lebih kurang 1 camca tek adunan daging tadi dan bulat2kan seperti bebola. Buat hingga siap dan sedia di masukkan ke dalam sup.
  3. Apabila kuah sup bakso mendidih, masukkan bebola daging dan masak hingga bebola timbul, renihkan untuk 10 - 15 minit lagi. Boleh dihidangkan bersama mee.

nasi dagang

NASI DAGANG

Nasi Dagang
Assalammualaikum semuaa, jom makan nasi dagang....rasa dah lama juga tak buat, tapi dalam stok mat tak de beras nasi dagang yang kaler coklat tu, mula2 dalam kepala dah mula terfikir dan rendam beras tu sebahagiannya dengan pewarna makanan coklat jeee, tapi tak jadi lah..biarlah ianya putih, nampak suci dan murni... Resipi asal mat ambik dari buku masakan "Norzalina Nordin"..tapi kan sebelum tu nak minta maaf pada kak lina, sebab mat dah buat ikut style sendiri..minta halal yeaa...kita pun sedia maklum, buku2 masakan tu sebagai panduan dan rujukan, mereka pun tak paksa kita ikut 100%...tapi nak oter tu agak2 lah juga, jangan sampai tak jadi...membazirrrr!!!!!!...


Di samping nasi dagang dan gulai ikan tongkol & udang (resipi dalam N3 sebelum ni), ianya juga lagi sedap jika disertakan acar mentah..baru balance.. Perihal nasi dagang ni, kalau dibelah Terengganu, nasi dia lebih kaler putih...kalau di Kelantan, mereka masak dengan dicampur beras bewarna coklat khas untuk nasi dagang..... Lain kali kalau mat ada stok beras nasi dagang coklat tu, kita try masak lagi..okeyyy!!!....

BAHAN-BAHAN NASI DAGANG :-)
800 g beras siam*
200 g beras pulut*(*disatukan, gaul rata, cuci dan rendam 4 jam)
1200 ml santan
1 camca teh garam
1/2 camca teh gula
10 biji bawang merah, hiris
2 cm halia, hiris halus
1 camca besar halba

BAHAN-BAHAN ACAR MENTAH :-)
1 biji timun, disagat
1/2 biji lobak merah, kupas dan sagat
1/4 bahagian kobis sederhana besar, hiris halus
1 biji bawang besar, hiris halus
2 biji cili merah, hiris halus
1/4 cawan cuka makan
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK NASI DAGANG :- Siapkan kukusan, alas dasar kukus dengan daun pisang@aluminium foil, bocor2 kan. Beras ditoskan dan masuk dalam kukusan dan kukus 20 minit. Sementara itu, satukan santan dengan garam dan gula, kacau rata2. Keluarkan beras dari kukusan tadi dan masukkan dalam bekas besar. Gaul dengan bawang merah hiris, halia hiris, halba dan juga santan tadi (tuang sikit2 hingga habis). Gaul rata2 kemudian masukkan balik dalam kukusan, lubang2kan sikit nasi tadi dan sambung mengukus selamat 45 - 50 minit atau hingga nasi masak. Gemburkan nasi dan boleh dihidangkan bersama gulai dan acar tadi....
  2. UNTUK ACAR :- Satukan semua bahan2 acar, perasa kan dengan garam dan gula secukup rasa (mesti ada rasa manis, masam dan sedikit masin). Gaul rata dan simpan dalam peti sejuk sekurang2nya 30 minit. Hidangkan bersama nasi dagang.