MEE BAKSO

Bahan Untuk Bebola Daging :-)
500 g daging lembu cincang
25 g halia*
4 ulas bawang putih*(*tumbuk halus)
1 camca teh serbuk lada hitam
2 camca besar kicap cair
2 camca besar hirisan halus daun sup
3 camca besar tepung jagung
1 biji telur
1 camca teh baking powder
Cara membuatnya :-)
- Satukan semua bahan2 diatas dan pukul dengan sudip kayu selama 10 - 15 minit hingga adunan bersatu dan menjadi kenyal. Pukul satu arah sahaja. Jika nak senang, guna cake mixer yang dipasang alat pemukul ( "K" beater) dan putar pada kelajuan sederhana untuk 7 - 8 minit. Ketepikan sebentar.
- Basahkan tangan dan jari dengan sedikit minyak masak, cedok lebih kurang 1 camca tek adunan daging tadi dan bulat2kan seperti bebola. Buat hingga siap dan sedia di masukkan ke dalam sup.
- Apabila kuah sup bakso mendidih, masukkan bebola daging dan masak hingga bebola timbul, renihkan untuk 10 - 15 minit lagi. Boleh dihidangkan bersama mee.
No comments:
Post a Comment