sup ayam

SUP AYAM MAT GEBU

Sup Ayam Mat Gebu

Walau pun dah banyak kali mat letak resipi buat sup ayam, tapi setiap kali buat, rasa dia agak berbeza....Apa salahnya kan kita letak lagi resipi....Sup nie senang, orang yang sibuk bekerja pun boleh buat, budak2 pun suka. Sesuai lah kalau nak makan dengan mee hoon, mee kuning, nasi impit, roti atau pasta......nak power lagi, jangan lupa lada kicap di sertakan....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam, potong 20 (ikut saiz ayam)
4 - 5 biji kentang
1 camca besar bawang goreng
1 pokok daun sup, dipotong kasar
1 kiub ayam "Maggi"
Air secukupnya
Hirisan daun sup/daun bawang*
Bawang goreng secukupnya*(*untuk hiasan)

A (DIKISAR HALUS)...
1 biji bawang besar
2 1/2 inci halia
4 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup @ 1/2 camca teh serbk kunyit
1/2 - 1 camca besar lada hitam biji
1 1/2 camca besar ketumbar biji
1 camca teh jintan manis
1/2 camca teh jintan halus
3 biji buah keras

B (BAHAN TUMIS)...
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan toskan. Kentang dikupas, belah 4 setiap biji dan rendam dalam air.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan "B" hingga harum, masukkan bahan "A" dan tumis hingga wangi dan terbit minyak. Masukkan ayam dan kentang, gaul rata dan masak sekejap hingga ayam kecut.
  3. Tuang air secukupnya (anggaran 1500 ml) dan masak dengan api kuat hingga mendidih. Masukkan 1 camca besar bawang goreng dan daun sup yang dipotong kasar tadi. Perlahankana api dan renihkan.
  4. Tambah kiub pati ayam dan garam secukup rasa. Masak hingga kentang empuk. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan. Sertakan sekali lada kicap, jika suka...

No comments:

Post a Comment