KUIH PAU
Hari ni merupakan hari "malas" bagi ah mat Gebu....malas nak tulis, malas nak komen, malas nak merayau2 dan malas nak marah2.....Tak pelah jom makan kuih pau....Resipi di bawah menghasilkan 10 biji kuih pau. Resipi boleh juga dapatdisini..
Bahan-Bahannya :-)
240 g tepung Hong Kong/Tepung halus/tepung waterlily/tepung pau
1 camca teh Double-Acting baking powder
1 camca teh instant yeast
1/2 camca teh garam
25 g lemak sayur (shortening)
100 ml air suam*
30 g gula halus*
1/2 camca teh cuka*(*disatukan, kacau hingga sebati)
Inti kacang merah secukupnya atau pun ikut kegemaran masing2
Cara membuatnya :-)
Bahan-Bahannya :-)
240 g tepung Hong Kong/Tepung halus/tepung waterlily/tepung pau
1 camca teh Double-Acting baking powder
1 camca teh instant yeast
1/2 camca teh garam
25 g lemak sayur (shortening)
100 ml air suam*
30 g gula halus*
1/2 camca teh cuka*(*disatukan, kacau hingga sebati)
Inti kacang merah secukupnya atau pun ikut kegemaran masing2
Cara membuatnya :-)
- Satukan tepung, yeast, garam dan double-acting baking powder dalam satu bekas, gaul hingga rata. Tuang bahan yang disatukan sedikit demi sedikit hingga habis dalam adunan tadi sambil digaul hingga menjadi doh.
- Masukkan lemak sayur dan terus menguli hingga menjadi doh yang lembut dan kenyal (lebih kurang 15 minit). Masukkan dalam bekas lain, tutup permukaannya dengan plastik cling dan biar 45 minit hingga doh naik sekali ganda.
- KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan di atas kecuali "inti" ke dalam bread maker, pilih setting for dough dan tekan. Biar hingga siap.
- Keluarkan doh, uli sekejap dan bagi kepada 10 bahagian (kurang lebih 40 g setiap bahagian) dan bulat2kan. Ambil satu, leperkan dan isi inti, tutup kemas dan bukat2kan, letak atas kertas minyak yg telah dipotong 2 inci x 2 inci dan sapu dgn sedikit lemak sayur. Buat hingga siap.
- Rehatkan 25 minit dan kukus atas air mendidih selama 15 minit. Angkat dan boleh dihidangkan panas atau pun suam...Selamat mencuba
No comments:
Post a Comment