Petua menyegarkan muka

Petua Menyegarkan Kulit Muka

Muka yang lesu dan tidak bermaya tentu menghilangkan seri wajah seseorang. Berikut adalah beberapa petua untuk menyegarkan kulit muka;
  1. Perah sebiji epal hijau dan sapukan jusnya ke muka. Biarkan selama 10 minit kemudian cuci muka dengan bersih.
  2. Perah limau nipis lebih kurang empat sudu dan campurkan dengan satu sudu kecil madu. Sapukan pada muka dan biarkan selama satu jam. Bersihkan muka dengan air suam. Boleh juga dijadikan sebagai masker dan untuk mengecilkan pori-pori. Amalkan dua kali seminggu.
  3. Bersihkan muka dan biarkan selama lima minit. Sementara itu, jerang air sehingga mendidih, kemudian tuangkan ke dalam sebuah bekas.
    Tundukkan muka anda ke arah bekas itu supaya wap yang panas sampai ke muka. Sambil itu tutup kepala dengan tuala supaya wap itu tidak dapat keluar. Amalkan setiap pagi dan malam, beberapa kali seminggu sebelum dapat melihat kesanny

No comments:

Post a Comment

Post a Comment