Pengat Pisang

Jan
28

Pengat Pisang

Labels: , ,


Bahan-bahannya
1 sisir pisang India, dibuang kulit dan dipotong serong 3
1 biji gula melaka
1 bungkus tepung bubur cha cha
1 kotak santan
2 helai daun pandan, disimpul
garam secukup rasa
gula pasir secukup rasa

Cara-caranya

  1. Bersihkan dan bilas tepung bubur cha cha.
  2. Kemudian letak daun pandan dan rebus dengan air selama 5 minit.
  3. Masukkan pula pisang, gula melaka dan gula pasir dan garam secukup rasa.
  4. Bila telah mendidih, tuangkan santan dan kacau sehingga ia mendidih sikit matikan api.
  5. Rasa cukup tak gulanya dan kalau dah cukup boleh dihidangkan

1 comment: