Bahan-bahan2 keping ikan tenggiri, potong dua
1 biji terung bulat, potong memanjang 6
4 biji bawang merah
6 biji cili padi
3 biji cili merah
1 batang serai
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
serbuk kunyit
asam keping
garam dan gula secukup rasa
Cara Membuat- Cuci ikan dan letak dalam periok ,
- Tumbuk bawang, cili, dan ketuk serai.
- Masukkan kedalam ikan.
- Rebus dengan santan cair.
- Apabila ikan separuh masak masukkan lain-lain bahan dan renih selama 3 minit
- Biar seketika sehingga terung empuk
- Hidang dengan nasi putih dan sambal belacan
No comments:
Post a Comment