Ayam Goreng Berempah
AYAM GORENG BEREMPAH
bahan A:
1 ekor ayam [potong kecil]
2 biji tomato [belah 6]
2 tangkai cili merah [hiris kasar]
1 labu bawang besar [hiris kasar]
2 s/b sos tomato
sedikit air
daun bawang [potong pendek]
minyak
garam
Bahan B [Mesin Halus]
3 cm halia
3 batang serai
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
2 s/b rempah kari ayam
1 s/k lada hitam
Cara
1. Ayam dibersihkan dan perapkan dengan bahan mesin dan garam selama 1 -2 jam.
2. Panaskan minyak dan tumiskan ayam dan bahan perapan.
3. Masukkan sedikit air dan sos tomato. Biarkan sampai mendideh dan agak pekat.
4. Masukkan bawang besar, tomato buah dan cili. kacau rata.
5. Masukkan daun bawang dan hidangkan.
RESIPI KEK PAUN OREN
9 months ago
No comments:
Post a Comment