sIAKAP sWEET sOuR

HARI ni saya nak masak ikan nie plak selain pakpik ayam.. biasalah bulan2 ramadhan ni kita cenderung untuk makan byk lauk.. saya sebenarnya cenderung pada 1 menu sahaja.. tp sebab bukan kita seorang mahu berbuka.. hihihi.. so selamat berbuka..ingat.. sebelum berbuka doa banyak2 tuk segala hajat.. insyaAllah akan dimakbulkan oleh Allah.. nanti saya post pasal kueh lak..ni tradidional punye.. senang je.. hihi.. seronok masak kueh mcm2 buat projek ngan ibu tersyg.. bahagianya berpuasa di rumah.. :)

Sweet-Sour Ikan

Bahan-Bahan:
1 ekor ikan siakap [dibersihkan dan kelarkan]
garam dan kunyit

Bahan untuk sos:
5 ulas bawang merah (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
1 cm halia (dihiris halus)
1/2 cawan sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 biji cili merah (dipotong nipis)
1/2 cawan air.
1 biji tomato (belah 6)
1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
Garam dan gula secukup rasa
minyak

Cara:
1. Ikan dilumurkan garam dan kunyit. Gorengkan sehingga garing.
Terbalikkan dua2 belah supaya masak rata.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, baw. putih dan halia.
3. Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air.
4. Masukkan juga cili potong, garam dan gula.
5. Setelah kuat pekat, tuangkan ke atas ikan siakap yang digorengkan tadi.
6. Hiaskan dgn daun sup & bawang dan hidangkan bersama nasi putih dan juga lauk lain

No comments:

Post a Comment