Tart Telur


Bahan untuk Pastri:
500g Tepung gandum
125g Gula icing
250g Butter (tips: butter sejuk dari petisejuk)
2 biji telur gred B
1 tsp Esen Vanila

Cara2 :-
- Ayak tepung, campurkan gula icing.
- Masukkan butter dan gaul hingga jadi crumbs.
- Masukkan telur dan esen vanila dan gaulkan hingga rata.
- Bentukkan jadi sebiji bola.
- Sejukkan dalam peti sejuk sebelum digunakan.

Bahan untuk Inti :-
250g Air
125g Gula
5 biji Telur gred B
100g Susu cair (Evaporated milk)

Cara2 :-
- Larutkan gula kedalam air. (buat air gula)
- Kalau guna air suam, biarkan sejuk dulu sebelum masukkan telur dan susu cair.
- Pukul semua 4 bahan hingga sebati kemudian tapiskan dan sedia untuk digunakan.

Cara2 memasak tart :-

  • Isikan atau bentukkan pastry kedalam acuan.
  • Bakar pada suhu 160 ke 180 C selama 15 minit atau sehingga kelihatan kering atau sedikit kekuningan.
  • Keluarkan dari oven.
  • Tuangkan filling tadi kemudian masukkan semula ke dalam oven.
  • Bakar lagi pada suhu 180 C selama 15 minit atau sehingga telurnya masak

No comments:

Post a Comment